Jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan
ia semula ke dalam ari begitu sahaja....
kerana ia akan sakit,
oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu,
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang....
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...
apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya,
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
janganlah kamu terlalu menyanjunginya
dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa...
anggaplah dia manusia biasa...
apabila sesekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah untuk kamu menerimanya
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...
sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
mengenyangkanmu...berkhasiat buatmu...
mengapa kamu berlengah, cuba cari makanan lain...
terlalu ingin mengejar kelazatan...
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi,
kamu akan menyesal....
Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan
kepada dirimu....menyayangi...mengasihimu...
mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkan dengan orang lain...
terlalu mengejar kesempurnaan...
kelak kamu akan kehilangannya...
apabila ia menjadi hak milik orang lain,
kamu juga yang akan menyesal....
"Hargailah sesuatu itu sementara ia ada di depan mata...
kerana bila tiba saat kehilangannya, pasti terkenang jadinya"
No comments:
Post a Comment