Tuesday, January 19, 2010

> ARTIKEL

Salam, berikut adalah link untuk artikel saya, sesiapa yang ingin memberikan komen bolehlah membaca di link ini:

penyelidikan

Jika artikel ini ada persamaan dengan rakan yang lain, ia tidaklah disengajakan, mudah-mudahan kita dapat berkongsi idea dan ilmu untuk memartabatkan ISLAM khususnya melalui bidang pendidikan ini.

Untuk memberikan komen sila klik comments.

Abu Auni

9 comments:

  1. KOMEN:INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

    Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam P&P Matematik telah memberi kemudahan kepada guru-guru dalam pengajarannya. Selain itu dapat membantu pelajar dalam untuk meminati mata pelajaran matematik. Dengan ini,dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi,
    pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan
    pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang
    bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha
    untuk para pendidikan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TKM) dalam
    pendidikan. Kadar perubahan ini dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti
    kos teknologi yang lebih murah bagi perkakasan dan perisian, perisian multimedia yang lebih
    mudah digunakan (user-friendly) serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan yang
    berubah dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar. Jadi dalam dunia serba canggih dan pengunaan teknologi dalam P&P telah menjadikan pelajar celik IT dan mula belajar melalui komputer. Selain itu, juga dapat membantu pelajar memperolehi maklumat dengan lebih cepat dengan adanya kemudahan terknologi yang di sediakan di sekolah-sekolah.

    ReplyDelete
  2. Hari ini sekolah saya, Maahad Muhammadi Rantau Panjang baru melancarkan penggunaan LCD hasil sumbangan suami seorang teacher di sekolah ini.Ia telah dipasang di dalam makmal Sains sekolah.Makmal sains dan blik pandang dengar menjadi 2 dalam 1 kerana kekurangan bilik darjah.W/pun semua berjalan lancar dan Program ICT dapat dilaksanakan kepada pelajar sebagai pengenalan kepada P&P berasaskan multimedia..
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Komen Dari : NOOR LAILA KASMAWATI BINTI MUHAMMAD ZAIN

    No Matrik : 202149

    Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam P&P amat bersesuaian diamalkan di sekolah pada zaman ini. Ini bersesuaian dengan pelajar yang semakin cerdik pandai terutamanya dalam menggunakan bahan-bahan yang berasaskan teknologi. Dengan pelaksanaan penggunaan bahan-bahan ini contohnya komputer, LCD dan sebagainya akan memberikan semangat baru kepada para pelajar untuk lebih meminati matapelajaran matematik.
    Pihak sekolah sepatutnya bergerak bersama-sama dengan pembangunan teknologi untuk memastikan para pelajar akan bertambah maju dalam konteks mengejar ilmu di dalam dunia yang semakin mencabar ini memandangkan kos alatan teknologi ini juga semakin murah dan juga user-friendly.

    ReplyDelete
  4. Komen dari ULUL AZMI B.HASSAN,
    NO MATRIK_202208

    Kemantapan penggunaan teknologi maklumat sangat penting untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran juga pentadbiran dan pengurusan sekolah.segala kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan terutama infrastuktur teknologi maklumat dimanfaat sepenuhnya oleh guru-guru-matematik sebagai media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.Adalah diharapkan pihak kerajaan akan membantu pihak pentadbir sekolah merancang latihan dalam perkhidmatan secara berterusan di dalam meningkatkan aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat yang dinyatakan sebagai berkeperluan tinggi oleh guru-guru matematik yang terlibat di dalam kemahiran teknologi bagi mencapai kejayaan anak-anak bangsa dan agama. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Penggunaan teknologi penting kepada guru untuk mengakses maklumat yang berkaitan dengan subjek yang diajari. Ia memudahkan kepada guru mencari info2 dan soalan2 kepada pelajar.

    ReplyDelete
  6. penggunaan teknologi dalam dunia pendidikan hari ini semememangnya perlu dan penting khususnya bagi subjek matematik. Bukan hanya untuk kemudahan guru tetapi juga untuk keberkesanan pembelajaran para pelajar.

    ReplyDelete
  7. penggunaan teknologi dalam pembelajaran matematik memang penting. Tahap kecerdasan dan penerimaan pelajar terhadap matematik yang berbeza semestinya memerlukan pendekatan yang pelbagai agar matlamat pnp tercapai. walau baagaimanapun penggunaan teknologi ini mungkin boleh dilaksanakan di sekolah yang bertaraf gred A. ini kerana biasanya sekolah tersebut mendapat dana yang mencukupi untuk memiliki teknologi seperti LCD atau makmal matematik. Di samping itu, pelajar-pelajarnya juga boleh dikatakan mampu menggunakan teknologi tanpa bimbingan sepenuhnya dari guru. keadaan ini berbeza di sekolah-sekolah gred C atau sekolah yang terletak di luar bandar. lantaran itu, guru tetap peranan sepenuhnya di sekolah-sekolah luar bandar dan seharusnya guru itu mempunyai kaedah tanpa teknologi untuk memastikan pelajar-pelajarnya memahami konsep matematik dengan mendalam.

    ReplyDelete
  8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam P&P amat bersesuaian diamalkan di sekolah kerana para pelajar yang cerdik terutamanya dalam menggunakan bahan-bahan yang berasaskan teknologi. Dengan penggunaan bahan-bahan ini, ianya akan memberikan semangat baru kepada para pelajar untuk lebih meminati matapelajaran matematik.
    Pihak sekolah sepatutnya bergerak bersama-sama dengan pembangunan teknologi untuk memastikan para pelajar akan bertambah maju dalam konteks mengejar ilmu di dalam dunia yang semakin mencabar ini. Kos peralatan teknologi ini juga semakin murah.

    ReplyDelete
  9. secara ringkasnya, teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam membantu menjayakan proses pembelajaran di sekolah. sesuia dengan peredaran zaman yang menghala ke arah dunia tanpa sempadan.

    ReplyDelete