Sunday, May 16, 2010

- SELAMAT HARI GURU -


.: Selamat Hari Guru :.

khas untuk :

ummi tersayang WAN NORMA BT WAN ABDU RAHMAN
emak mertua SITI SAADAH BT SABILAN
abah MOHAMED BIN ISMAIL

seterusnya...

Guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar saya
terutama ketika di alam persekolahan dan di UIAM

juga

buat semua rakan seperjuanganku sekalian

Friday, April 2, 2010

~ buah cintaku ~

Alhamdulillah, usia permata hati ummi dan abah sudah masuk 7bulan (April ni..). Macam-macam gaya si Auni sekarang ni. Ragamnya sahaja sudah menghiburkan hati. Auni Nafeesa, ketenanganku yang berharga (^_^).
Dalam usia 7bulan ini, si comel sudah pandai mengensot untuk mencapai sesuatu. Marah apabila barangnya diambil, suka bercerita, sudah mengenal orang di sekelilingnya, mengamuk apabila lambat diberi susu/nestum dan suka dibelai.

gayanya macam nak jadi Ultragirl (^_^)


banyak sangat baju warna pink..

Suka bermain sebelum tidur...

Kekasihku & buah cintaku

Saturday, March 13, 2010

Hargai apa yang ada

Jika kamu memancing ikan...

setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...

janganlah sesekali kamu lepaskan

ia semula ke dalam ari begitu sahaja....

kerana ia akan sakit,

oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu,

dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


 

Begitulah juga setelah kamu memberi

banyak pengharapan kepada seseorang....

setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...

janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja...

kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan

mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...


 

Jika kamu menadah air biarlah berpada,

jangan terlalu mengharap pada takungannya

dan janganlah menganggap ia begitu teguh...

cukuplah sekadar keperluanmu...

apabila sekali ia retak,

tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...

Akhirnya ia dibuang...

sedangkan jika kamu cuba membaikinya,

mungkin ia masih boleh digunakan lagi...


 

    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...

janganlah kamu terlalu menyanjunginya

dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa...

anggaplah dia manusia biasa...

apabila sesekali dia melakukan kesilapan

bukan mudah untuk kamu menerimanya

akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...

sedangkan jika kamu memaafkannya,

boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.


 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi

yang kamu pasti baik untuk dirimu...

mengenyangkanmu...berkhasiat buatmu...

mengapa kamu berlengah, cuba cari makanan lain...

terlalu ingin mengejar kelazatan...

kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi,

kamu akan menyesal....


 

Begitu juga jika kamu telah bertemu

dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan

kepada dirimu....menyayangi...mengasihimu...

mengapa kamu berlengah,

cuba membandingkan dengan orang lain...

terlalu mengejar kesempurnaan...

kelak kamu akan kehilangannya...

apabila ia menjadi hak milik orang lain,

kamu juga yang akan menyesal....


 

"Hargailah sesuatu itu sementara ia ada di depan mata...

kerana bila tiba saat kehilangannya, pasti terkenang jadinya"

Thursday, March 11, 2010

- Pantai Irama -


Alhamdulillah...

Sempat juga saya membawa keluarga makan angin di Pantai Irama minggu lepas. Mencari-cari ruang untuk diri dan keluarga setelah menghabiskan masa di samping tugasan sekolah. Gambar-gambar ini menceritakan segalanya....


Anakanda tercinta


Pertama kali jejak pantai


Bersama isteriku

Melakar kenangan di Pantai Irama

Thursday, February 25, 2010

- Soutur Ri'ayah -


Alhamdulillah. Majalah sekolah Edisi Perdana ini telah siap sepenuhnya. Bersengkang mata saya membuatnya, mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit (huhuhu) alhamdulillah inilah hasilnya. Walaupun nampak 'simple', namun untuk menghasilkan majalah seperti ini agak rumit. Apatah lagi saya baru berjinak-jinak dengan dunia Publisher ini.

Terima kasih kepada En. Hasnan di atas tunjuk ajar dan bimbingan. Mudah-mudahan ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan lagi dunia pendidikan dalam era globalisasi dan era celik-IT ini.

Anak Soleh

Anak Soleh

Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com


 

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wednesday, February 17, 2010

'Secebis Kisah'

Sahabat…….
Masih Ingatkah kita pada suatu ketika dahulu…..
Sebelum kita dapat mengenal erti kata-kata…,
Dapat mengetahui erti perasaan,
Dapat menghayati "secebis kisah"…..
Di saat itu…
Hanya Tuhan sahaja yag maha mengetahui segalanya…
Betapa kisah dua orang manusia yang tidak jemu-jemu mengenalkan kita erti sebuah kehidupan…
Tidak pernah mengenal erti putus asa…..
Biar apapun yang melanda….
Walauapapun yang terjadi….
“Inilah satu-satunya haranpan yang kita ada….”
Bisik kedua manusia itu di dalam hati mereka….
“Inilah warisan yang akan membela kita di hari tua kelak…,
inilah permata yang akan mencerahkan alam barzakh kita
dengan linangan air mata munajat dan doa mereka….”.
“Aku memohon pada-Mu Ya Allah..,
Jadikanlah ia insan yag taat kepada perintah-Mu…”
..Doa Kedua mereka dengan titisan air mata pengharapan…
Duhai sahabatku yang dikasihi….
Setakat manakah kita telah menghayati…
kisah dua orang manusia ini…
Ketahuilah sahabatku sekalian…
Kisah ini akan terus bersambung….
Sampai bila?...
Ketika mana kita pula yang menangis….
Mengharapkan kasih yang tak terbalas, mendambakan doa. penerang alam Keseorangan…
Alangkah ruginya diri ini…
Kiranya tidak menghayati…
"Secebis kisah" pengorbanan…
Dua manusia yang bergelar ibu dan ayah....

Kembara Qalbi..

fikrul_islami

Friday, February 12, 2010

- renungan sejenak -